Home Nasional Negeri Sembilan lancar beras jenama sendiri 'Perpatih'
Nasional

Negeri Sembilan lancar beras jenama sendiri 'Perpatih'

Negeri Sembilan lancar beras jenama sendiri  'Perpatih'

Exco Kanan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias (dua,kiri) menyempurnakan pelancaran beras Negeri Sembilan \’Beras Perpatih\’ di Negeri Sembilan Fest 2024 di sini, hari ini.

NILAI, 1 Ogos– Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan jenama beras sendiri dikenali sebagai \’Perpatih\’ untuk memenuhi permintaan rakyat di negeri ini sekali gus dapat membangunkan industri padi di negeri itu.

Exco Kanan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, beras berkenaan akan di edarkan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang di semua lokaliti termasuk pada program Jualan Nismilan Prihatin, Jualan Harga Ladang Nismilan serta Jualan Agro Madani.

\”Bekalan beras ini kita perolehi daripada pesawah penanaman padi di Londah, Gemas; Juasseh,Kuala Pilah; Jelebu dan beberapa kawasan lain dengan keluasan keseluruhan 580 hektar.

\”Secara amnya kita mempunyai sekitar 1,200 hektar kawasan penanaman padi tetapi masih belum ditanam secara keseluruhan kerana terdapat beberapa perkara yang dalam tindakan antaranya kemudahan infrastruktur dan perparitan yang sedang dinaik taraf,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pelancaran beras Negeri Sembilan \’Beras Perpatih\’ di Negeri Sembilan Fest 2024 di sini, hari ini.

Beras \’Perpatih\’ ini akan dijual dengan harga RM26 bagi 10 kilogram manakala RM13 bagi lima kilogram yang juga diedarkan melalui FAMA dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...