Home Nasional Negeri Sembilan kuatkuasakan Garis Panduan Perancangan tapak perkhemahan mulai tahun hadapan
Nasional

Negeri Sembilan kuatkuasakan Garis Panduan Perancangan tapak perkhemahan mulai tahun hadapan

Negeri Sembilan kuatkuasakan Garis Panduan Perancangan tapak perkhemahan mulai tahun hadapan

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar

SEREMBAN, 12 Januari– Garis Panduan Perancangan (GPP) tapak perkhemahan Negeri Sembilan akan dikuatkuasakan bermula Januari tahun hadapan.

Menurut Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar, GPP itu merangkumi perancangan tapak perkhemahan, mekanisme pemajuan dan kawal selia serta pengurusan operasi tapak perkhemahan.

Panduan berkenaan akan dikuatkuasa kepada pengoperasian tapak perkhemahan baharu dan sedia ada.

\”GPP tapak perkhemahan ini di Negeri Sembilan adalah untuk memastikan setiap tapak perkhemahan beroperasi dengan selamat supaya tidak ada apa-apa insiden yang boleh membahayakan pengunjung itu berlaku seperti mana yang berlaku di Batang Kali tahun lepas dan juga di negeri ini juga ada beberapa insiden sama telah berlaku\”, katanya demikian kepada pemberita dalam sidang media di sini.

GPP itu menggariskan beberapa elemen penting iaitu kesesuaian lokasi dan tapak, zon guna tanah yang dibenarkan, peletakan plot khemah, penyediaan kemudahan asas dan penyediaan utiliti.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....