Wednesday , 30 April 2025
Home Nasional Nazreen terima skrol MBA di Konvokesyen UiTM selepas dua minggu koma
Nasional

Nazreen terima skrol MBA di Konvokesyen UiTM selepas dua minggu koma

Nazreen terima skrol MBA di Konvokesyen UiTM selepas dua minggu koma

Nazreen Abdul Razak / Foto UITM

SHAH ALAM, 27 November – Nazreen Abdul Razak, 32, graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS), amat bersyukur kerana diberi kesihatan untuk menaiki pentas menerima skrol pada Majlis Konvokesyen UiTM ke-100 walaupun baru pulih daripada koma selama dua minggu akibat jangkitan kencing tikus.

Nazreen, yang masih dalam tempoh pemulihan, hadir ke konvokesyen dengan bertongkat. Beliau berkongsi pengalaman hampir kehilangan nyawa selepas dimasukkan ke ICU di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) pada 5 November lalu, sebelum sedar pada 19 November.

“Saya langsung tidak sedar apa-apa ketika koma. Doktor mengesahkan hati saya dijangkiti virus dan keadaan saya sangat kritikal,” katanya, menceritakan pengalamannya menerima rawatan daripada pasukan pakar di HASA.

Beliau turut menjalani prosedur renal biopsy untuk memastikan fungsi buah pinggangnya dalam keadaan baik dan kini masih menghadiri temu janji susulan di hospital.

2711 GRADUAN KOMA UITM 2Nazreendi Konvokesyen UiTM Ke-100 / Foto UITM

Nazreen yang berasal dari Kuala Lumpur, mula sedar akan tarikh konvokesyen beberapa hari selepas keluar hospital.

“Saya ternampak graduan UiTM pada 23 November dan terus memutuskan untuk mengambil jubah. Alhamdulillah, saya dapat meraikan hari istimewa ini bersama keluarga,” katanya.

Sebagai seorang pekerja di Setia Alam dalam bidang jualan dan acara, Nazreen mengimbangi komitmen kerja dengan pengajian malamnya di UiTM Shah Alam. Beliau bercadang melanjutkan pengajian ke peringkat PhD pada masa depan.

Nazreen turut berkongsi tips kejayaannya, “Ikut jadual pembelajaran, jangan tinggalkan kelas, dan sentiasa fokus. Pendidikan itu tidak berhenti walaupun kita semakin berusia.”

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...