Wednesday , 5 February 2025
Home Nasional Nasab anak-anak GISBH ditentukan selepas disahkan mahkamah syariah
Nasional

Nasab anak-anak GISBH ditentukan selepas disahkan mahkamah syariah

Nasab anak-anak GISBH ditentukan selepas disahkan mahkamah syariah

Datuk Dr Mohd Na\’im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 19 September- Nasab anak-anak ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang diselamatkan baru-baru ini hanya boleh ditentukan selepas status perkahwinan ibu bapa disahkan oleh mahkamah syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na\’im Mokhtar berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berperanan besar dalam jawatankuasa khas untuk menyelaras isu tersebut.

\”Anak-anak tadi seolah-olah tidak sah taraf seperti yang disebutkan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, sebab tidak ada dokumen yang menunjukkan dia (anak-anak) itu lahir daripada satu perkahwinan yang sah.

\”Perkara ini akan dilihat berdasarkan keterangan yang diberikan kepada mahkamah. Sekiranya mahkamah berpuas hati dengan keterangan yang diberikan secara lisan atau dokumen, ianya akan diputuskan.

\”Sekiranya mahkamah berpuas hati maka anak-anak berkenaan akan dianggap sebagai anak yang sah taraf dan mahkamah akan memerintahkan supaya sijil nikah dikeluarkan,\” katanya.

Menurut Mohd Na\’im selepas sijil nikah diperolehi anak-anak itu boleh didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan surat beranak.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Kesyukuran Sempena Tamat Operasi Haji Musim 1445 Hijrah bersamaan 2024 Masihi di Menara Tabung Haji di ibu negara.

BERITA BERKAITAN

  • CEO GISBH, isteri & anak bekas pemimpin Al-Arqam antara 19 ditahan
  • Polis tahan lima individu, rampas dua kenderaan ada lambang GISBH di Bukit Kayu Hitam
  • Semua premis GISBH dalam radar pihak berkuasa negeri

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...