Home Nasional Najib disaran kemuka permohonan baharu untuk tahanan di rumah
Nasional

Najib disaran kemuka permohonan baharu untuk tahanan di rumah

Najib disaran kemuka permohonan baharu untuk tahanan di rumah

Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr. Ikmal Hisham Md Tah

KUALA LUMPUR, 4 Januari – Permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan wajar dikemukakan oleh Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekiranya ingin menghabiskan baki tempoh hukumannya kepada tahanan di rumah.

Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr. Ikmal Hisham Md Tah berkata, tindakan itu disifatkan lebih tepat dan mengikut tatacara yang ditetapkan perundangan.

Jelasnya, permohonan baharu itu juga menjadi penyelesaian terbaik bagi menamatkan persoalan berkait Titah Adendum.

\”Daripada satu segi, ia bertepatan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan seharusnya Najib bekas perdana menteri sekiranya beliau ingin pengampunan hendaklah difailkan semula kepada lembaga pengampuanan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

\”Menerusi titah Istana Negara ini jelas menunjukkan kita sebagai rakyat akur dan hendaklah patuh kepada titah dikeluarkan kerana titah itu selaras kuasa baginda di bawah peruntukan Perlembagaan
Persekutuan,\” kata Dr. Ikmal kepada RTM.

Dr. Ikmal Hisham turut memaklumkan permohonan baharu itu akan mewujudkan situasi harmoni dalam masyarakat dan mampu menepis prasangka terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong kerana ia membabitkan Yang di-Pertuan Agong terdahulu.

Terdahulu, Istana Negara menerusi satu kenyataan berkata permohonan pengampunan atau pengurangan hukuman bagi mana-mana banduan hendaklah dikemukakan sendiri oleh banduan tersebut untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.

Perkara itu selaras dengan peruntukan 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa apa kesalahan dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...