Home Nasional Na'im ucap tahniah kepada Daniel, raih tempat ketiga hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa Turkiye
Nasional

Na'im ucap tahniah kepada Daniel, raih tempat ketiga hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa Turkiye

Na'im ucap tahniah kepada Daniel, raih tempat ketiga hafazan  al-Quran Peringkat Antarabangsa Turkiye

Foto JAKIM

KUALA LUMPUR, 31 Oktober-Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar mengucapkan tahniah buat peserta hafazan Malaysia, Mohamad Daniel Haziq Haswadi yang telah menempa nama di peringkat antarabangsa selepas mendapat tempat ketiga di Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran Peringkat Antarabangsa Turkiye 2024.

Melalui satu kenyataan beliau berharap, kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada para huffaz dan masyarakat di Malaysia agar sentiasa melazimi Al Quran.

Malaysia melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menghantar seramai dua orang peserta mewakili negara dalam pertandingan tersebut.

Mohamad Daniel Haziq Haswadi adalah peserta bagi kategori hafazan 30 juzuk manakala Mohamad Yusuf Kassim bagi kategori tilawah.

Mohamad Daniel telah mendapat tempat ketiga dengan markah sebanyak 93.8 peratus bagi kategori yang disertai 38 negara lain.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....