Home Nasional Naiktaraf jeti: Kontraktor diberi masa tiga bulan
Nasional

Naiktaraf jeti: Kontraktor diberi masa tiga bulan

Naiktaraf jeti: Kontraktor diberi masa tiga bulan

Foto RTM

LANGKAWI, 6 NOVEMBER- Kontraktor yang dilantik untuk menyelesaikan isu naiktaraf jeti Kuala Perlis dan Kuala Kedah digesa menyiapkannya dalam masa tiga bulan dari sekarang.

Jika gagal, kontraktor terbabit akan digantikan dengan kontraktor lain yang lebih serius dan komited untuk menyelesaikan permasalahan itu.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Dato\’ Seri Tiong King Sing berkata isu feri timbul susulan masalah alur cetek di kedua-dua jeti berkenaan sehingga menjejaskan pengoperasian feri.

Jelasnya, isu berkenaan tidak boleh dipandang remeh kerana terminal feri yang menjadi laluan keluar masuk ke Pulau Bebas Cukai Langkawi merupakan imej negara di mata pelancong dalam dan luar negara.

Jelasnya, ramai pelancong dan pengusaha merungut berkenaan pengurusan perkhidmatan feri yang lemah.

Beliau turut berkata perkara itu akan menjadi faktor kurangnya pelancong ke Langkawi.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan selepas mesyuarat bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Jabatan Laut sempena lawatan kerja 3 hari di Pulau Langkawi.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan berkenaan dengan Prosesur Operasi Standard (SOP) untuk pemeriksaan keselamatan yang perlu dipatuhi seperti mana kawalan keselamatan di lapangan terbang tanpa menjejaskan keselesaan pelancong.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....