Home Nasional Nahas pesawat di Elmina berpunca peluasan 'lift dump spoiler' – Laporan Akhir
Nasional

Nahas pesawat di Elmina berpunca peluasan 'lift dump spoiler' – Laporan Akhir

Nahas pesawat di Elmina berpunca peluasan 'lift dump spoiler' – Laporan Akhir

Serpihan bangkai utama pesawat Beechcraft Model 390 (kotak) di tapak kemalangan di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos 2023/Laporan Akhir oleh BSKU MOT

PUTRAJAYA, 16 Ogos- Peluasan \’lift dump spoiler\’ yang tidak disengajakan ketika pemeriksaan sebelum mendarat dikenal pasti sebagai punca utama nahas udara pesawat Beechcraft yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, tahun lepas.

Tindakan itu menyebabkan kehilangan daya angkat secara tiba-tiba, mengakibatkan kehilangan kawalan katastrofik dan seterusnya terhempas.

Perkara tersebut didedahkan dalam Laporan Akhir Kemalangan Pesawat yang dikeluarkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan (MOT), hari ini.

\”Punca utama kemalangan ialah peluasan lift dump spoiler secara tidak sengaja, kemungkinan besar oleh pembantu juruterbang, semasa pemeriksaan sebelum mendarat,\” menurut laporan itu, yang siarkan di laman sesawang rasmi MOT.

Pada 17 Ogos tahun lepas, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) milik persendirian dengan nombor pendaftaran N28JV terhempas di Elmina, mengorbankan kesemua lapan individu dalam pesawat (enam penumpang dan dua kru penerbangan), seorang pemandu e-panggilan dan seorang penunggang motosikal p-panggilan.

Laporan dengan 148 halaman itu menyatakan bahawa latihan dan kesedaran kru yang tidak mencukupi mengenai pengendalian sistem lift dump adalah faktor penyumbang kepada nahas itu.

\”Ketidakbiasaan pembantu juruterbang dengan risiko khusus yang dikaitkan dengan sistem lift dump menyebabkan peluasan \’spoilers\’ yang tidak disengajakan,\” menurut laporan itu.

Menurut laporan itu, faktor penyumbang kepada nahas itu termasuklah penyimpangan daripada prosedur operasi standard, latihan kru yang tidak mencukupi, kawal selia tidak jelas, dan kekurangan dalam komunikasi dan membuat keputusan.

\”Susunan tempat duduk anak kapal menyimpang daripada protokol ditetapkan, dengan juruterbang utama duduk sebelah kanan dan pembantu juruterbang di tempat duduk sebelah kiri, bertentangan dengan Manual Penerbangan Pesawat.

\”Penyimpangan ini mungkin menyumbang kepada komunikasi yang tidak berkesan dan pengurusan sumber kru yang lemah,\” menurut laporan itu.

Penemuan lain menunjukkan bahawa pengendali pesawat gagal untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan untuk perkhidmatan udara tidak berjadual dan mematuhi peraturan penerbangan di Malaysia menyerlahkan jurang dalam pengawasan operasi.

\”Proses komunikasi dan membuat keputusan yang tidak berkesan terbukti semasa fasa kritikal penerbangan. Ketiadaan taklimat atau amaran khusus mengenai operasi sistem lift dump dan keputusan untuk menyimpang daripada protokol tempat duduk standard menggariskan kekurangan dalam komunikasi dan membuat keputusan,\” menurut laporan itu.

Menurut laporan itu siasatan mendedahkan contoh ketidakpatuhan dan kesilapan, namun menekankan hasil siasatan tidak bertujuan menuding kesalahan atau liabiliti.

\”Sebaliknya, ia (laporan itu) semata-mata untuk tujuan mencegah kemalangan pada masa hadapan dan meningkatkan keselamatan penerbangan secara keseluruhan.

Laporan Akhir berkenaan boleh dimuat turun di pautanhttps://www.mot.gov.my/en/AAIB/report/a05-23

BERITA BERKAITAN

  • Nahas pesawat di Elmina antara tragedi hitam 2023
  • Tragedi Elmina, pesawat miliki sijil kelayakan udara sah

Related Articles

Jaringan Kasih Bersama Komuniti, sumbang kepakaran kepada masyarakat
Nasional

Jaringan Kasih Bersama Komuniti, sumbang kepakaran kepada masyarakat

Foto RTMKANGAR, 8 Disember – Seramai 300 sukarelawan terdiri pelajar Universiti Teknologi...

Lebih 600 sertai JKR Rando  Kuching Fun Run 2024
Nasional

Lebih 600 sertai JKR Rando Kuching Fun Run 2024

Foto RTMKUCHING, 8 Disember-Lebih 600 kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) seluruh Sarawak...

Jumlah penduduk terjejas banjir di enam negeri semakin berkurang
Nasional

Jumlah penduduk terjejas banjir di enam negeri semakin berkurang

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 8 Disember-Jumlah penduduk terjejas banjir di enam negeri terus...

KPKT basmi 10, 669 tapak sampah haram di tujuh negeri bagi tempoh sedekad
Nasional

KPKT basmi 10, 669 tapak sampah haram di tujuh negeri bagi tempoh sedekad

KPKT progresif tutup 2,634 tapak pelupusan sampah haram tahun 2024NILAI, 7 Disember...