Home Nasional Nahas MPV-treler, lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera
Nasional

Nahas MPV-treler, lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera

Nahas MPV-treler, lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera

Foto orang awam / Henna Ooi

JOHOR BAHRU, 28 Disember- Lapan termasuk tiga kanak-kanak mengalami kecederaan dalam nahas dua kenderaan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan sebuah treler di Jalan Mersing Nitar dekat Felda Nitar 1, Mersing, Johor.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing Pegawai Bomba Kanan II Shamsuri Shafai berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.01 petang tadi.

\”Satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan masing-masing sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan pacuan empat roda dengan 13 anggota dari BBP Mersing dihantar ke lokasi.

\”PKO tiba di lokasi nahas pada pukul 3.21 petang dan bertindak menyelamatkan kesemua lapan mangsa yang menaiki MPV termasuk pemandu yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

\”Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan. Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut,\”katanya menerusi kenyataan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....