PUTRAJAYA, 16 Ogos- Laungan ‘Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah’, menjadi perkataan dan jeritan terakhir yang kedengaran dalam pesawat N28JV sebelum ia terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos tahun lepas.
Perkara itu didedahkan menerusi transkrip audio daripada perakam suara kokpit (CVR) dalam laporan akhir nahas pesawat berkenaan yang dikeluarkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan hari ini.
Rakaman berdurasi kira-kira 26 minit itu merekodkan suara dikenal pasti sebagai pembantu juruterbang menyebut \’lift dump unlock, handle illuminated\’ ketika proses pendaratan.
Sejurus itu, butiran rakaman menyatakan terdapat bunyi amaran berpunca daripada pengaktifan \’lift dump\’ dalam tempoh satu setengah saat sebelum kedengaran suara panik dikenal pasti sebagai juruterbang utama.
\”Woah woah woah woah woah woah woah woah. what\’s going on? (apa yang sedang berlaku?),\” menurut butiran rakaman itu.
Dalam tempoh 11 saat selepas itu, rakaman berakhir dengan laungan \’Ya ALLAH\’ oleh kedua-dua juruterbang.
Juruterbang: \”Ya ALLAH. [jeritan] [Almighty ALLAH.]\”
Pembantu Juruterbang: \”Ya ALLAH. Ya ALLAH. Ya ALLAH. [jeritan] [Almighty ALLAH. Almighty ALLAH. Almighty ALLAH.]\”
Transkrip audio daripada CVR pesawat Beechcraft Model 390 itu tidak dimasukkan dalam laporan awal kemalangan pesawat berkenaan yang dikeluarkan pada 15 September tahun lepas.
Laporan akhir setebal 148 muka surat itu menyebut CVR jenis L3Harris FA2100 daripada pesawat berkenaan telah dipulihkan dan datanya berjaya dimuat turun dengan bantuan teknikal.
\”Rakaman CVR ini memberikan pandangan penting tentang kemungkinan punca kemalangan, (ia) membawa penyiasat untuk menumpukan perhatian kepada kemungkinan besar punca kemalangan,\” menurut laporan itu.
Menurut laporan itu, cuaca bukan faktor penyumbang kepada punca kemalangan.
\”Data Laporan Aerodrom Meteorologi mengesahkan keadaan cuaca baik ketika kemalangan itu berlaku.
\”Cuaca baik dengan jarak penglihatan lebih 10 kilometer dan angin berubah-ubah pada 5 knot,” menurut laporan itu.
Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Bandar Elmina, mengorbankan 10 nyawa iaitu lapan penumpang (enam penumpang dan dua anak kapal penerbangan) serta seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing).
Laporan akhir berkenaan boleh dimuat turun di pautanhttps://www.mot.gov.my/en/AAIB/report/a05-23
BERITA BERKAITAN
- Nahas pesawat di Elmina berpunca peluasan \’lift dump spoiler\’ – Laporan Akhir
- Nahas pesawat di Elmina antara tragedi hitam 2023
- Tragedi Elmina, pesawat miliki sijil kelayakan udara sah