Home Nasional Nahas di Kedah, dua terkorban
Nasional

Nahas di Kedah, dua terkorban

Nahas di Kedah, dua terkorban

Foto RTM

ALOR SETAR, 18 Disember- Dua maut manakala dua lagi cedera parah dalam nahas membabitkan dua kereta di Jalan Lencongan Barat, Alor Setar, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Salim Abd Razak berkata, mangsa yang maut melibatkan seorang lelaki dan wanita berusia30-an.

Dua lelaki berusia 40-an turut mengalami kecederaan parah akibat nahas tersebut.

\”Sepasukan enam anggota bomba, bergegas ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

\”Terdapat dua mangsa tercampak keluar dan salah seorang mangsa yang maut melambung ke atas bumbung kereta. Kedua-dua mangsa, meninggal dunia di lokasi kejadian,\” menurut kenyataan itu.

Mayat mangsa dihantar ke Unit forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Manakala, mangsa yang cedera dihantar ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kemalangan yang berlaku menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang dua kilometer.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....