Home Nasional NADI perlu dimanfaat secara optimum, lahir masyarakat inovatif
Nasional

NADI perlu dimanfaat secara optimum, lahir masyarakat inovatif

NADI perlu dimanfaat secara optimum, lahir masyarakat inovatif

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun/Foto RTM

SEREMBAN, 9 Disember-Sebanyak 62 Pusat Sebaran Nasional (NADI) di Negeri Sembilan disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (МСМС) untuk kemudahan rakyat negeri berkenaan.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, NADI merupakan platform untuk memperkasa komuniti melalui inovasi digital dan inklusiviti di samping menjadi pemangkin kepada transformasi digital masyarakat.

Justeru, katanya rakyat di negeri itu perlu memanfaatkan NADI secara optimum dalam pelbagai kemahiran bidang seterusnya menjadi komuniti proaktif dan inovatif.

\”Jadi ini menjadi perkara yang baik bagi membantu masyarakat dalam beberapa aspek pendidikan tentang keusahawan.

\”Tentang kemudahan mereka untuk mendapatkan manfaat daripada program program Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan sebagai tempat komuniti yang yang amat selesa dan ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat di negeri Sembilan\”, katanya demikian pada majlis Perasmian NADI Sikamat di Sikamat pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, terdapat 11 NADI baharu yang sedang dibangunkan manakala empat daripadanya telah beroperasi di Sikamat, Bukit Kepayang, Mambau dan Ampangan.

Manakala di Johol, Pilah, Seri Menanti, Rahang, Temiang, Seremban Jaya dan Chuah dijangka siap sepenuhnya sebelum akhir tahun ini.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...