Home Nasional MY-UAE CEPA kukuhkan perdagangan Malaysia dan negara Teluk
Nasional

MY-UAE CEPA kukuhkan perdagangan Malaysia dan negara Teluk

MY-UAE CEPA kukuhkan perdagangan Malaysia dan negara Teluk

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 Januari- Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (MY-UAE CEPA) antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah dimeterai pada Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi perkara tersebut menerusi Facebook beliau malam ini.

\”Saya dan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Pemerintah Abu Dhabi berkesempatan menyaksikan pemeteraian MY-UAE CEPA.

\”Ini adalah perjanjian perdagangan bebas (FTA) pertama Malaysia dengan sebuah negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (Gulf Cooperation Council – GCC),\” katanya.

Tambah Anwar, perjanjian itu dijangka menjadi pemangkin bagi memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan UAE serta negara-negara Teluk yang lain.

MY-UAE CEPA membuka peluang kerjasama ekonomi yang lebih mendalam termasuk penghapusan dan pengurangan tarif serta peningkatan akses pasaran. Langkah itu dijangka akan memacu eksport Malaysia dan mewujudkan peluang pelaburan baharu dalam sektor-sektor utama.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan beberapa pemimpin dunia sempena ADSW bagi merapatkan hubungan dan kerjasama strategik demi kepentingan bersama.

Dalam pertemuan bersama Presiden Uganda, Yoweri Kaguta Museveni, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk memperkukuh sinergi di peringkat ekonomi, perniagaan, perdagangan dan pendidikan.

Sewaktu sesi bersama Presiden Republik Kenya, William Samoei Ruto, persetujuan dicapai untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan pada masa hadapan.

\”Di akhir pertemuan, saya menghulurkan jemputan kepada kedua-dua pemimpin untuk melawat Malaysia agar keharmonian hubungan diplomatik terus segar dan harmoni,\” katanya.

Beliau tiba di Abu Dhabi pada Ahad untuk lawatan kerja tiga hari ke UAE, antara lain bagi menghadiri Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) serta meningkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang antara kedua-duanya.

Ia merupakan lawatan kedua Perdana Menteri ke UAE sejak Oktober 2023 dan lawatan pertama beliau ke luar negara sejak Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025.

Related Articles

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye
Nasional

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye

Fadillah Yusof dan rombongan diarahkan keluar dari Terminal VIP Lapangan Terbang Istanbul...

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan
Nasional

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan

Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa (BES), Md Shahri Saripan (tiga dari kiri)...

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan
Nasional

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan

Sidang media pengumuman analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 di Putrajaya...

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan
Nasional

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan

Foto FailBANDARAYA MELAKA, 24 April– Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengkaji kewajaran...