Home Nasional Muzium Polis Melaka bakal jadi tarikan baharu di Bandar Hilir
Nasional

Muzium Polis Melaka bakal jadi tarikan baharu di Bandar Hilir

Muzium Polis Melaka bakal jadi tarikan baharu di Bandar Hilir

Upacara menurunkan bendera Jalur Gemilang dilakukan tepat jam enam petang sebagai gimik penutupan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pasa majlis penutup IPD tersebut di Banda Hilir hari ini/Bernama

BANDAR HILIR, 14 Disember- Bangunan lama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di Bandar Hilir bakal diubah menjadi Kompleks Muzium Polis Melaka, menjadikannya destinasi pelancongan baharu di negeri bersejarah itu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, projek itu sedang dirancang dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, termasuk sumbangan artifak dan bahan pameran menarik.

\”Bangunan ini dirancang menjadi Muzium Polis Melaka dan dengan kerjasama PDRM, usaha merealisasikannya akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,\” kata Ab Rauf.

Beliau bercakap kepada pemberita semasa Majlis Penutupan IPD Melaka Tengah dan Program Community Policing di bangunan lama IPD Melaka Tengah.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....