Home Nasional MTEN bincang usaha jadikan Malaysia hab R&D serantau, hala tuju GovTech
Nasional

MTEN bincang usaha jadikan Malaysia hab R&D serantau, hala tuju GovTech

MTEN bincang usaha jadikan Malaysia hab R&D serantau, hala tuju GovTech

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini telah meneliti dua kertas pembentangan berkaitan usaha menjadikan Malaysia sebagai hab penyelidikan dan pembangunan (R&D) serantau, serta hala tuju GovTech Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di akaun media sosial X berkata, mesyuarat tersebut turut membincangkan status terkini tindakan berkaitan isu-isu terkait perkhidmatan rangkaian rel pengangkutan awam di Lembah Klang.

\”Perkara ini perlu diberi penekanan, khususnya pelaksanaan segera dan tersusun demi kebaikan serta meningkatkan kualiti hidup warga kota,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam hantaran itu.

GovTech Malaysia atau Government Technology diwujudkan bagi memperhebat revolusi digital ke arah meningkatkan keupayaan kerajaan dalam kualiti data awam, inovasi awam serta perkhidmatan awam secara lebih holistik

Ia merupakan pendekatan \’Whole of Government\’ dalam pemodenan sektor awam, yang menekankan kepada tiga aspek iaitu berpaksikan rakyat; akses universal kepada perkhidmatan kerajaan dan pendekatan keseluruhan kerajaan terhadap transformasi kerajaan digital yang dipelopori Bank Dunia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....