Home Nasional 'Mowgli Malaysia' buka bengkel motosikal
Nasional

'Mowgli Malaysia' buka bengkel motosikal

'Mowgli Malaysia' buka bengkel motosikal

FOTO BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 8 Oktober – Muhammad Syukur Khamis, 19, yang mendapat julukan Mowgli Malaysia mula berjinak dalam bidang automotif dengan mengusahakan bengkel motosikal di Kampung Banggol Katong, di sini.

Muhammad Syukur juga dikenali ‘budak kerbau’ berkata bengkel berkenaan diusahakan bersama abangnya Muhammad Alias Khamis, 34, pada Jun lepas, setelah menamatkan kursus selama enam bulan dalam bidang Teknologi Motosikal di Pusat GiatMARA Kuala Telemong, Hulu Terengganu.

Beliau berkata minat terhadap motosikal berkuasa tinggi mendorongnya berkecimpung dalam bidang tersebut dengan cita-cita untuk memiliki sebuah bengkel yang canggih dan berteknologi tinggi suatu hari nanti.

\”Bengkel ini sebenarnya telah dibuka empat tahun lepas. Tetapi selepas abang menjadi tenaga pengajar di GiatMARA Kuala Telemong, dia tidak sempat menguruskan bengkel kerana kekangan masa.

\”Dia minta saya belajar membaiki dan ambil alih menguruskan bengkel. Bagaimanapun, dia tetap datang membantu pada waktu malam dan lebih fokus kepada motosikal berkuasa tinggi,\” katanya ketika ditemui di bengkelnya di sini.

Muhammad Syukur berkata walaupun sibuk menguruskan bengkel, beliau tetap membantu bapanya, Khamis Jusoh, 68, menguruskan ternakan termasuk kerbau, kambing dan lembu.

Menurutnya, haiwan ternakan tersebut merupakan kawan baik dan hatinya tidak tenang sekiranya tidak dapat meluangkan masa bersama mereka.

\”Sebelum memulakan kerja di bengkel, saya akan pastikan semua ternakan diberi makan. Begitu juga selepas selesai kerja pada waktu petang.

\”Saya akui aktiviti bersama mereka (haiwan ternakan) agak terbatas berbanding dahulu, namun saya cuba mencari masa sesuai kerana ia adalah sumber ketenangan diri,\” katanya yang memiliki 80 ekor kerbau, 30 kambing dan tiga lembu. – BERNAMA

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Agong menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Agong menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 7 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...