Home Nasional MoU peruntukan pembangkang, rundingan masih terbuka
Nasional

MoU peruntukan pembangkang, rundingan masih terbuka

MoU peruntukan pembangkang, rundingan masih terbuka

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 6 November – Kerajaan masih membuka ruang kepada mana-mana ahli parlimen pembangkang yang ingin berunding secara individu mengenai memorandum persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata keputusan kumpulan ahli parlimen pembangkang untuk menolak MoU tersebut adalah pilihan mereka.

\”Jika ada ahli parlimen individu dari pihak pembangkang yang ingin berbincang, saya terbuka. Namun, secara kelompok, mereka telah menyatakan penolakan. Itu adalah keputusan pihak parti tersebut,\” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat, di sini.

Tambah Fadillah, tugas beliau adalah untuk mengadakan rundingan namun tidak boleh memaksa mana-mana pihak yang enggan meneruskannya.

Setakat ini, hanya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang memberi maklum balas berhubung rundingan MoU tersebut.

Dalam perkembangan lain, Fadillah turut menjelaskan bahawa imbuhan yang diterima Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) adalah berdasarkan prestasi syarikat.

Menurutnya, PHB berjaya meningkatkan keuntungan kasar dan operasi masing-masing lebih RM317 juta pada tahun kewangan 2022 dan 2023, hasil daripada inisiatif transformasi syarikat yang menyokong pertumbuhan dan kelestarian jangka panjang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....