Home Nasional MoU pengambilan pekerja asing dari India akan diperbaharui
Nasional

MoU pengambilan pekerja asing dari India akan diperbaharui

MoU pengambilan pekerja asing dari India akan diperbaharui

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim

NEW DELHI, 22 Ogos– Kementerian Sumber Manusia memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) pengambilan pekerja asing dari India yang sudah lupus 10 tahun lalu, sekali gus mengemas kini prosedur pengambilan dan mencegah eksploitasi.

Jelas menterinya, Steven Sim, MoU asal sudah luput pada 2014 tetapi dalam tempoh 10 tahun, hampir 160,000 pekerja asing dari India telah memasuki negara ini tanpa sebarang dasar prosedur pengambilan yang jelas.

\”MoU ini akan menjadi garis panduan sekiranya pengambilan pekerja kalau dalam 10 tahun, lebih kurang 133,000 pekerja India ke Malaysia tetapi tiada MoU,tiada garis panduan antara dua negara. Jadi dengan adanya garis panduan ini, pengambilan pekerja dari India akan lebih telus, adil dan teratur,\” katanya kepada pemberita selepas tamat lawatan tiga hari Perdana Menteri ke India.

Beliau menegaskan, MoU baharu tersebut bukan bertujuan untuk bawa masuk lebih banyak pekerja asing kerana had maksimum sudah ditetapkan.

Related Articles

PM seru diaspora Malaysia hargai kemajuan teknologi dan kepakaran negara
Nasional

PM seru diaspora Malaysia hargai kemajuan teknologi dan kepakaran negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama para jemputan pada...

Pasar Payang ketengahkan makanan tradisional Terengganu sempena cuti sekolah
Nasional

Pasar Payang ketengahkan makanan tradisional Terengganu sempena cuti sekolah

Proses pembuatan keropok keringKUALA TERENGGANU, 18 Januari- Pasar Payang di sini mengetengahkan...

PM adakan lawatan kerja ke Belgium, perkukuh hubungan dua hala
Nasional

PM adakan lawatan kerja ke Belgium, perkukuh hubungan dua hala

Foto Hiasan / ReutersPUTRAJAYA, 18 Januari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Malaysia-Jepun gerak kerjasama Asia Timur untuk pembangunan semula Gaza
Nasional

Malaysia-Jepun gerak kerjasama Asia Timur untuk pembangunan semula Gaza

Foto Hiasan / AFPLONDON, 18 Januari – Inisiatif pembangunan semula Gaza dianggarkan...