Home Nasional Motif gambir, lada hitam hias tengkolok Yang di-Pertuan Agong
Nasional

Motif gambir, lada hitam hias tengkolok Yang di-Pertuan Agong

Motif gambir, lada hitam hias tengkolok Yang di-Pertuan Agong

Sultan Ibrahim/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 20 Julai- Motif gambir dan lada hitam yang cukup sinonim dengan Johor buat pertama kalinya diangkat menghiasi tengkolok atau destar Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.

Kedua-dua motif itu merupakan komoditi yang popular pada era Sultan Abu Bakar dan disifatkan sebagai memberi tuah dan kekayaan kepada negeri itu.

Motif itu sehingga kini masih digunakan antaranya pada dokumen kerajaan, seni bina di bandar-bandar negeri itu termasuk Istana Johor.

Pada istiadat pertabalan ini Seri Paduka Baginda turut mengenakan bengkung songket berwarna hitam yang turut mengangkat motif sama.

Bagaimanapun tengkolok yang digunakan Seri Paduka Baginda masih mengekalkan seni lipatan Tengkolok Diraja \’Dendam Tak Sudah\’ seperti yang digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

Tidak sekadar menjadi pelengkap busana kebesaran Raja-Raja Melayu, tengkolok yang dihasilkan daripada kain songket berwarna hitam dan bersulam benang emas itu mempunyai falsafah, lambang dan simbol tersendiri.

Tengkolok \’Dendam Tak Sudah\’ yang berasal dari Negeri Sembilan itu membawa maksud tersirat dan berkait rapat dengan kehidupan serta fitrah manusia.

Di tengah-tengahnya terdapat lambang anak bulan dan bintang pecah empat belas yang diperbuat daripada emas putih, simbolik lambang kekuasaan dan kedaulatan. – BERNAMA

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...