Home Nasional MOT jangka 80,000 hingga 100,000 kenderaan Singapura daftar VEP
Nasional

MOT jangka 80,000 hingga 100,000 kenderaan Singapura daftar VEP

MOT jangka 80,000 hingga 100,000  kenderaan Singapura daftar VEP

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook

JOHOR BAHARU, 1 Ogos-Kementerian Pengangkutan (MOT) menjangkakan 80,000 hingga 100,000 kenderaan dari Singapura akan mendaftar Permit Kemasukan Kenderaan (VEP), sebelum 1 Oktober depan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebanyak 58,791 permohonan telah diterima MOT, termasuk permohonan secara bersemuka dan dalam talian sejak 28 Mei sehingga semalam.

Daripada jumlah tersebut, 40 peratus permohonan tidak lengkap kerana memberikan dokumen yang tidak tepat.

Pihaknya juga akan membuka pejabat di Woodlands, Singapura, dalam tempoh dua minggu ini, bagi memudahkan urusan pertanyaan berhubung VEP.

\”Pekerja yang kita lantik untuk pasang terus dan mereka boleh selesaikan proses itu kalau mereka datang sini secara fizikal tetapi untuk memudahkan pegguna-pengguna di Singapura dan mungkin tidak boleh datang ke sini, kita juga bagi pilihan untuk hantar secara pos\”, katanya demikian semasa meninjau persiapan pelaksanaan penguatkuasaan VEP di Pusat Pengumpulan VEP, Danga Bay, di sini.

Dalam pada itu, Anthony memaklumkan, waktu operasi vendor di pusat tersebut, akan dilanjutkan sehingga waktu malam dalam tempoh dua bulan akan datang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....