Home Nasional Mohd Izani Ghani dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan MAHB
Nasional

Mohd Izani Ghani dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan MAHB

Mohd Izani Ghani dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan MAHB

Datuk Mohd Izani Ghani dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan MAHB berkuatkuasa 1 Ogos 2024/ Foto facebook MAHB

KUALA LUMPUR, 1 Ogos– Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Izani Ghani sebagai Pengarah Urusan Kumpulan berkuatkuasa hari ini, 1 Ogos 2024.

MAHB menerusi kenyataan memaklumkan Mohd Izani yang telah dicalonkan oleh Kementerian Kewangan untuk jawatan itu, merupakan bekas ahli Lembaga Pengarah MAHB dan berkhidmat selama sembilan tahun pada 2011 hingga 2019.

\”Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Ekonomi) dengan pengkhususan dalam Perakaunan dan Kewangan London School of Economics and Political Science, United Kingdom.

“Selain itu, beliau berpengalaman luas selama lebih tiga dekad dalam pelaburan dan pengurusan. Sebelum pelantikannya di MAHB, beliau berkhidmat sebagai pengarah urusan UEMGroup Bhd sejak 1 Ogos, 2019, susulan pelantikan awal sebagai pengarah eksekutif pada 1 Jan, 2019,” menurut kenyataan itu.

MAHB optimis beliau mampu memacu kumpulan ke arah pertumbuhan dan kejayaan berterusan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....