Home Nasional Mohd Azmawi angkat sumpah sebagai ADUN Nenggiri
Nasional

Mohd Azmawi angkat sumpah sebagai ADUN Nenggiri

Mohd Azmawi angkat sumpah sebagai ADUN Nenggiri

Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani

KOTA BHARU, 21 November – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, hari ini mengangkat sumpah jawatan pada Persidangan Kali Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15, di Kompleks Kota Darulnaim.

Mohd Azmawi Fikri, 38, mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan berikrar untuk menjalankan kewajipan sebagai ADUN dengan sedaya upaya serta akan memelihara, menjaga dan mempertahankan perlembagaan negeri Kelantan.

Mohd Azmawi Fikri daripada Barisan Nasional menewaskan calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional, Mohd Rizwadi Ismail pada Pilihan Raya Kecil Nenggiri 17 Ogos lepas setelah memperoleh 9,091 undi

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan yang mesra dengan panggilan Awie itu menang dengan majoriti 3,352 undi sekali gus membolehkan parti itu merampas kembali kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang Mohd Azizi Abu Naim (Bersatu).

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....