Home Nasional Mohamed Khaled sahkan anggota MALBATT cedera di Lubnan
Nasional

Mohamed Khaled sahkan anggota MALBATT cedera di Lubnan

Mohamed Khaled sahkan anggota MALBATT cedera di Lubnan

Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 7 November-Empat anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang baharu tiba di Selatan Lubnan dilaporkan cedera akibat terkena serpihan letupan dalam serangan dron berhampiran Sidon.

Kejadian berlaku ketika kenderaan yang membawa anggota Malbatt itu melalui sekatan jalan raya Tentera Lubnan di Awali.

Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) melaporkan, lima anggota pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) cedera ringan.

UNIFIL mengingatkan semua pihak untuk mengelakkan tindakan yang membahayakan pasukan pengaman dan orang awam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan.

Atur gerak pasukan Malbatt 850-12 yang melibatkan 854 pegawai dan anggota, termasuk pasukan daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dijadualkan bermula 6 hingga 18 November.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....