Home Nasional Mohamad suarakan pendirian Malaysia mengenai isu Palestin dalam mesyuarat tergempar OIC
Nasional

Mohamad suarakan pendirian Malaysia mengenai isu Palestin dalam mesyuarat tergempar OIC

Mohamad suarakan pendirian Malaysia mengenai isu Palestin dalam mesyuarat tergempar OIC

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan / Foto FB Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyuarakan pendirian Malaysia berkenaan isu Palestin dalam Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif di Peringkat Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah, Arab Saudi.

Mohamad berkata, mesyuarat yang diusul oleh Palestin dan Iran itu membincangkan jenayah kependudukan Israel yang berterusan terhadap rakyat Palestin dan pencerobohan serta ancamannya terhadap kedaulatan Iran.

“Saya juga akan menyampaikan kenyataan mewakili Malaysia bagi mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan besar-besaran di Semenanjung Gaza oleh rejim Israel termasuk pembunuhan kejam Ismail Haniyeh di Tehran, baru-baru ini,” katanya melalui hantaran di Facebook pada Rabu.

Sementara itu, Mohamad berkata beliau juga mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan rakan sejawat dari Iran, Pakistan dan Palestin.

Mesyuarat tergempar itu dipengerusikan oleh Menteri Luar Gambia selaku pengerusi Sidang Kemuncak OIC ke-15.

Sebelum ini, Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan penyertaan Mohamad dalam mesyuarat itu juga menandakan komitmen Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin dan Malaysia menyokong penubuhan Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....