Home Nasional MITI mahu hasilkan lebih banyak produk buatan Malaysia
Nasional

MITI mahu hasilkan lebih banyak produk buatan Malaysia

MITI mahu hasilkan lebih banyak produk buatan Malaysia

Liew Chin Tong / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 12 Disember- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) komited untuk memastikan industri reka bentuk terus menjadi komponen utama dalam pembangunan negara.

Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong, berkata industri berkenaan perlu menghasilkan lebih banyak produk bermutu tinggi, terutamanya produk buatan Malaysia.

\”Sudah tentu kita mahu menghasilkan lebih banyak produk buatan Malaysia atau \’Made in Malaysia\’, tetapi kita juga berminat dengan produk yang direka bentuk di Malaysia.

\”Sebagai contoh, kita mempunyai industri perabot untuk eksport. Industri perabot kita sebenarnya mempunyai nilai eksport yang tinggi,\” katanya pada majlis Dialog MRM-Industri dan Penyampaian Sijil Certified Industrial Designer 2024 di sini.

Tambahnya, kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah strategik untuk membangunkan bidang reka bentuk.

Antaranya, piawaian kompetensi profesional, geran inovasi untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana, serta peningkatan modal insan dengan kerjasama Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Beliau juga berharap agar pereka industri dapat melibatkan diri dalam penyertaan Malaysia di Ekspo Dunia Osaka 2025 dan Kepengerusian ASEAN 2025.

Ia merupakan peluang terbaik untuk menonjolkan bakat dan kepakaran warga Malaysia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....