Home Nasional Misteri penemuan rangka manusia di Kampung Bukit Abal
Nasional

Misteri penemuan rangka manusia di Kampung Bukit Abal

Misteri penemuan rangka manusia di Kampung Bukit Abal

Foto Ehsan PDRM

PASIR PUTEH, 8 April – Penemuan mengejutkan berlaku semalam apabila tengkorak dan beberapa tulang yang dipercayai milik rangka manusia ditemukan di kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal, di sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu kira-kira pukul 3.00 petang melalui petugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan pegawai dari Balai Polis Selising bersama anggota dari IPD Pasir Puteh telah bergegas ke lokasi kejadian dan menemukan tengkorak serta beberapa tulang yang dipercayai rangka manusia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di sekitar lokasi kejadian bagaimanapun tidak menemukan sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kes berkenaan.

Menurutnya lagi, Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan telah turut hadir untuk menjalankan siasatan menyeluruh serta pencarian saki-baki rangka di kawasan terbabit bagi melengkapkan siasatan.

Kes itu kini disiasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar menghubungi Ketua Polis Balai Selising, Sarjan Mejar Suhaimi Abdullah di talian 019-242 4434 atau Bilik Gerakan IPD Pasir Puteh di nombor 09-786 7222.

Related Articles

Penulis lirik, Yusnor Ef meninggal dunia
Nasional

Penulis lirik, Yusnor Ef meninggal dunia

Foto Musika- Malaya\’s Early Music Scene From 1900 to 1965KUALA LUMPUR, 16...

Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut
Nasional

Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut

Foto FailJOHOR BAHRU, 16 April– Seorang pekerja bengkel, mengaku tidak bersalah di...

Presiden China diberi sambutan negara
Nasional

Presiden China diberi sambutan negara

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengiringi Presiden China, Xi Jinping di...

Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan
Nasional

Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan

Dr Nadzirah ZainordinKUALA LUMPUR, 16 April- Rakyat digalak membeli dan menyokong produk...