Home Nasional MIDS: Perkukuh usaha banteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran
Nasional

MIDS: Perkukuh usaha banteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran

MIDS: Perkukuh usaha banteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA, 30 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan MAPO Integrated Data System (MIDS), sebagai langkah membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di negara ini dengan lebih berkesan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata MIDS ialah sistem pengurusan data yang berupaya menyelaras, mengumpul dan memusatkan data berkaitan jenayah terbabit serta berupaya mengintegrasikan data daripada pelbagai sumber.

\”Dengan data itu nanti, kita berpeluang untuk menganalisisnya dan kita akan rumuskan dalam bentuk polisi. Kita akan gunakan data yang dianalisis itu untuk membuat unjuran untuk mengatur lagi langkah mitigasi.

\”Jadi bila kita analisis data ini kita boleh plotkan graf dan kita boleh \’predict\’ ke depan nanti tentang tajuk jenayah pemerdagangan ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia ( WDAT) dan Majlis Apresiasi MAPO 2024, di sini.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...