Home Nasional METMalaysia keluarkan amaran angin kencang di empat negeri
Nasional

METMalaysia keluarkan amaran angin kencang di empat negeri

METMalaysia keluarkan amaran angin kencang di empat negeri

Foto Hiasan / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Disember- Amaran angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka melanda perairan timur Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), keadaan itu dijangka bermula dari 29 hingga 31 Disember.

\”Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi laut, dan sukan laut,\” menurut kenyataan itu.

METMalaysia turut mengeluarkan amaran kenaikan paras air laut di kawasan perairan yang sama, bermula 29 hingga 30 Disember, yang berisiko menyebabkan limpahan air laut di kawasan pesisir pantai.

Amaran angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter turut dikeluarkan.

Ia dijangka melanda kawasan perairan utara Bunguran, timur laut, dan barat daya Reef North sehingga 31 Disember.

Selain itu, angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter turut dijangka berlaku di kawasan perairan selatan Samui, Tioman, selatan Bunguran, tenggara Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan, dan Palawan sehingga 31 Disember.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....