Home Nasional Meta mohon maaf kesilapan terjemahan BM ke BI
Nasional

Meta mohon maaf kesilapan terjemahan BM ke BI

Meta mohon maaf kesilapan terjemahan BM ke BI

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Meta memohon maaf atas kesilapan dalam terjemahan automatik daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris.

Ia berhubung satu status dimuat naik Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengenai Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, baru-baru ini.

Isu sama turut melibatkan ucapan bersempena Hari Keputeraan Che\’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.

Dalam satu kenyatan rasmi Meta, Pengarah Dasar Awam, Asia Tenggara, Rafael Frankel memaklumkan pihaknya telah menyelesaikan ralat teknikal berkenaan.

Selain menjelaskan pihaknya amat menghormati institusi diraja Malaysia.

Meta juga telah memohon maaf kepada pihak RTM, Majlis Negeri Johor dan pihak yang terkesan dengan isu tersebut.

Terdahulu, RTMmenjelaskan bahawa pihaknya tidak memuat naik sebarang maklumat rasmi dalam Bahasa Inggeris berhubung istiadat berkenaan seperti yang ditularkan.

RTM juga memaklumkan bahawa hantaran yang dipaparkan di laman Facebook Rasmi RTM adalah terjemahan automatik oleh sistem berkenaan.

BERITA BERKAITAN:

  • Kandungan Facebook RTM disalah terjemah sistem

Related Articles

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas
Nasional

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas

Foto MBASALOR SETAR, 17 April-100 unit barang tarikh luput dan barang eksport...

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir
Nasional

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 17 April- Seramai 155 orang daripada 54 keluarga terjejas...

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu
Nasional

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu

FOTO HIASANPUTRAJAYA, 16 April- Menara Kuala Lumpur kini ditutup buat sementara waktu...

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana
Nasional

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden China Xi Jinping menghadiri...