Home Nasional Mesyuarat PM & syarikat terkemuka UK, usaha tarik kemasukan pelabur baharu
Nasional

Mesyuarat PM & syarikat terkemuka UK, usaha tarik kemasukan pelabur baharu

Mesyuarat PM & syarikat terkemuka UK, usaha tarik kemasukan pelabur baharu

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri mesyuarat Meja Bulat bersama pemimpin industri di United Kingdom/ BERNAMA

LONDON, 17 Januari– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi meja bulat bersama kapten industri dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pelaburan Kerajaan (GLIC) di London.

Mesyuarat tersebut disertai oleh 30 syarikat di United Kingdom (UK) dan 13 syarikat GLIC dari Malaysia.

Pertemuan tersebut lebih bersifat perbincangan ekonomi dan kerjasama pelaburan antara pemain industri kedua-dua negara.

Antara syarikat GLIC yang turut serta ialah Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Khazanah Nasional Berhad, Gamuda Berhad, Permodalan Nasional Berhad dan Petronas UK. Manakala, syarikat dari UK termasuk Air Bus UK, AstraZeneca, Jaguar Land Rover Nottingham University dan Raw Energy.

Pertemuan tersebut meliputi sektor petroleum dan gas, aeroangkasa, pendidikan, automotif, tenaga boleh dibaharui dan pertahanan.

Sesi meja bulat itu merupakan langkah untuk menarik kemasukan pelabur baru dari UK ke Malaysia.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan perniagaan bersemuka dengan lima syarikat terkemuka UK, iaitu Standard Chartered Bank, Jaguar Land Rover (JLR), Raw Energy dan Yondr serta Unisnacks Europe Ltd.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...