Home Nasional Mesyuarat Menteri Luar ASEAN bakal bincang isu isu Myanmar, Laut China Selatan
Nasional

Mesyuarat Menteri Luar ASEAN bakal bincang isu isu Myanmar, Laut China Selatan

Mesyuarat Menteri Luar ASEAN bakal bincang isu isu Myanmar, Laut China Selatan

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hassan

KOTA TINGGI, 13 Julai-Mesyuarat Menteri Luar ASEAN yang bakal diadakan di Laos minggu depan bakal membincangkan pelbagai perkara termasuk isu Myanmar, Laut China Selatan selain kesalinghubungan ASEAN.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata persidangan dijadual selama lima hari bukan sahaja membabitkan negara ASEAN, tetapi juga bersama rakan dialog, termasuk Amerika Syarikat (AS), Russia, China, Jepun, Australia, New Zealand, India dan United Kingdom (UK).

\”Ini yang akan kita bincangkan ASEAN sebagai komuniti yang besar untuk kita menjadi satu blok yang menjadi penduduk lebih 600 juta, GDP dunia yang kelima terbesar dan akan menjadi GDP ke-4 terbesar dunia dalam masa 2 atau 3 tahun lagi.

\”Jadi ini merupakan satu asas yang boleh kita bina untuk masa depan supaya ASEAN akan menjadi satu kesatuan tetapi masih lagi kedaulatan masing-masing dan mengamalkan dasar berkecuali iaitu ASEAN bebas, aman dan berkecuali\”, katanya demikian selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tenggara Di Felda Sungai Sayong di sini.

Mohamad turut berkata 19 siri mesyuarat merangkumi pelbagai topik dijadual dibincangkan di Laos yang menjadi Pengerusi ASEAN tahun ini.

Jelasnya, Malaysia bakal menerima watikah atau obor untuk menjadi Pengerusi ASEAN 2025 Oktober depan pada mesyuarat ketua-ketua negara ASEAN.

Menurutnya, Malaysia telah menyusun atur sebanyak 257 mesyuarat peringkat tertinggi melibatkan pemimpin negara, menteri dan pegawai yang akan diadakan tahun hadapan.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...