Saturday , 28 December 2024
Home Nasional Mesir letak syarat guna pesawat TUDM untuk bawa rakyat Palestin – PM
Nasional

Mesir letak syarat guna pesawat TUDM untuk bawa rakyat Palestin – PM

Mesir letak syarat guna pesawat TUDM untuk bawa rakyat Palestin – PM

Anwar Ibrahim

JOHOR BAHRU, 17 Ogos- Usaha membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah atas faktor keselamatan terutama membabitkan kawasan di sempadan Mesir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan perkara itu berhubung kritikan mengenai langkah kerajaan menggunakan pesawat TUDM dalam operasi berkenaan dan bukannya penerbangan komersial.

\”Kita ambil (rakyat Palestin) di sempadan, kena runding dengan kerajaan Mesir, syaratnya mesti bawa tentera udara, kena ada kelengkapan (kerana) ada risiko. Rakyat Palestin tahu risikonya, mungkin ditembak peluru berpandu Israel, jadi orang-orang di dalam pesawat itu, misalnya ibu iringi anaknya tahu akan risiko,\” katanya.

Anwar berkata kebenaran untuk membawa rakyat Palestin itu juga antara lain disebabkan hubungan erat Malaysia dan Mesir, serta beberapa negara Timur Tengah yang lain.

\”Saya telefon Presiden Mesir minta kerjasama kerana tak mungkin kita dapat bawa mereka ke sini jika tiada kerjasama dengan Mesir. Ini baiknya kerana kita ada hubungan baik dengan Qatar, Mesir, Arab Saudi, UAE (Emiriah Arab Bersatu), Iran, itu yang membolehkan kita laksanakan operasi ini,\” katanya.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana dengan sedikit kemampuan dikurniakan kepada negara ini, selain nikmat keamanan, Malaysia mampu membantu rakyat Palestin yang menerima seksaan dan malapetaka kerana kezaliman Zionis.

\”Ini tanggungjawab kecil yang kita laksanakan, yang upaya kita lakukan, kalau tanya saya syukurlah kepada Allah SWT kerana kita ada perasaan ihsan, timbang rasa dan tolong ringankan beban. Berapalah sangat 40, 50 orang ini berbanding 40,000 orang yang ditembak ganas oleh Israel,\” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan di Dataran UTM, Skudai di sini hari ini.

Semalam, dua pesawat Airbus A-400M milik TUDM yang membawa 41 pesakit dan 86 waris mereka, selamat tiba di Pangkalan Udara Subang, Selangor kira-kira pukul 2.00 petang.

Kesemua pesakit dibawa ke hospital medan yang didirikan di hangar pangkalan udara berkenaan bagi saringan kesihatan.

BERITA BERKAITAN

  • \’Itu pun dicerca, sikap apa ini?\’ – PM kesal kecaman bawa rakyat Palestin
  • Bawa masuk rakyat Palestin, Malaysia-Mesir runding dua bulan

Related Articles

Kebakaran bilik suis utama HTJ, elektrik bangunan utama terganggu
Nasional

Kebakaran bilik suis utama HTJ, elektrik bangunan utama terganggu

Kebakaran di bilik suis utama Hospital Tuanku Ja\’afarSEREMBAN, 26 Disember- Bilik suis...

Enam lagi ditahan susulan pergaduhan di LRT
Nasional

Enam lagi ditahan susulan pergaduhan di LRT

Tangkap layar kes pergaduhan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik...

Guru wanita hilang dijumpai selamat di Teluk Intan
Nasional

Guru wanita hilang dijumpai selamat di Teluk Intan

Foto RTMIPOH, 26 Disember- Guru wanita yang dilaporkan hilang sejak 10 Disember...

Kerajaan MADANI utamakan kesejahteraan rakyat
Nasional

Kerajaan MADANI utamakan kesejahteraan rakyat

Foto Facebook Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 26 Disember– Memastikan kesejahteraan rakyat...