Home Nasional Menyamar di sebalik akaun media palsu, orang ramai diingatkan tidak terpengaruh
Nasional

Menyamar di sebalik akaun media palsu, orang ramai diingatkan tidak terpengaruh

Menyamar di sebalik akaun media palsu, orang ramai diingatkan tidak terpengaruh

Tangkap layar hantaran Facebook Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 Februari- Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) memaklumkan terdapat akaun media sosial palsu menyamar sebagai Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan menggunakan gambar Keluarga Diraja Johor tanpa kebenaran.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

\”Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu ini yang sering digunakan oleh scammers untuk tujuan penipuan di Facebook serta platform media sosial lain,\” menurut hantaran itu.

Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor juga menegaskan penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Menerusi hantaran sama, beberapa tangkap layar turut disertakan memaparkan akaun palsu di platform X (dahulu dikenali sebagai Twitter) berserta hantaran-hantaran yang dibuat.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...