Home Nasional Menteri Luar Brazil adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Nasional

Menteri Luar Brazil adakan lawatan rasmi ke Malaysia

Menteri Luar Brazil adakan lawatan rasmi ke Malaysia

Menteri Luar Brazil, Mauro Vieira/ Foto Reuters

PUTRAJAYA, 24 Ogos – Menteri Luar Brazil Mauro Vieira akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, ia merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini sebagai Menteri Luar sejak menyandang jawatan itu pada 1 Januari tahun lepas.

Semasa lawatannya, Vieira akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

\”Kedua-dua Menteri Luar dijangka membincangkan kerjasama sedia ada antara kedua-dua negara, termasuk perdagangan dan pelaburan, industri halal, serta hubungan antara rakyat kedua-dua negara,\” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua menteri juga akan bertukar-tukar pendapat mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Kementerian Luar berkata Vieira juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut kementerian itu, Brazil merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di rantau Amerika Latin. Pada 2023, Malaysia dan Brazil mencatatkan jumlah dagangan sebanyak RM17.46 bilion, iaitu peningkatan sebanyak empat peratus berbanding RM16.86 bilion yang dicatatkan pada 2022.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...