Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Menteri Kanan Singapura, Lee akan lawat Malaysia, hadir Istiadat Pertabalan Agong
Nasional

Menteri Kanan Singapura, Lee akan lawat Malaysia, hadir Istiadat Pertabalan Agong

Menteri Kanan Singapura, Lee akan lawat Malaysia, hadir Istiadat Pertabalan Agong

Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong/ BERNAMA

SINGAPURA, 18 Julai – Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong akan melawat Malaysia dari 19 hingga 22 Julai untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini berkata Lee adalah antara kumpulan pemimpin asing terpilih yang diundang oleh Seri Paduka Baginda untuk menghadiri istiadat pertabalan itu.

Semasa lawatan berkenaan, bekas perdana menteri itu akan menghadiri istiadat pertabalan dan Majlis Santapan Diraja.

Lee juga bakal bertemu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan dengan Raja-Raja Melayu, Menteri dan pemimpin Malaysia, serta berucap pada majlis makan malam Kelab Perniagaan Kuala Lumpur.

Beliau juga akan menghadiri majlis resepsi untuk warga Singapura di luar negara yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur.

Lee akan diiringi oleh isterinya Ho Ching, Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan dan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad, dan Menteri Negara Kanan bagi Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Low Yen Ling, yang juga merupakan Menteri Negara Kanan bagi Perdagangan dan Perusahaan.

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...