Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Menteri Agama mahu GISB jumpa JAKIM
Nasional

Menteri Agama mahu GISB jumpa JAKIM

Menteri Agama mahu GISB jumpa JAKIM

Dr Mohd Na’im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 9 September- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menggesa wakil syarikat Global Ikhwan Sdn. Bhd. (GISB) agar berjumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung isu agama yang dikaitkan dengan syarikat itu.

Beliau turut mengalu-alukan orang ramai dan pihak terlibat yang mempunyai maklumat mengenainya untuk membuat aduan terus kepada JAKIM.

Menurutnya lagi syarikat terbabit telah menghantar permohonan untuk bertemu dengannya pada 1 September lalu bagi mendapatkan nasihat.

\”Jumpa dengan pihak JAKIM terlebih dahulu, dan dalam masa sama saya amat berharap pengadu, sama ada mereka yang masih berada dalam GISB atau bekas anggota itu membuat aduan dan bertemu dengan pihak JAKIM, agar kita dapat mendengar kedua-dua belah pihak.

\”Ini penting sebelum kita membuat sebarang keputusan demi keadilan,\” katanya.

Pada Sabtu lepas, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan bahawaGISB dipercayai serpihan daripada kumpulan ajaran sesat yang berada dalam pemantauan Cawangan KhasPolis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdahulu Mohd Na’im menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Kerjasama Strategik antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

MOU tersebut bertujuan membantu mereka yang terperangkap dengan bebanan hutang khususnya golongan Al-Gharimin.

MAIWP memperuntukkan RM1 juta kepada AKPK untuk memberi perkhidmatan kepada asnaf melalui pendidikan kewangan, khidmat nasihat kewangan dan program pengurusan kredit.

Memorandum tersebut ditandatangani oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir.

BERITA BERKAITAN

  • PDRM siasat dakwaan GISB terlibat eksploitasi kanak-kanak

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...