Home Nasional Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu
Nasional

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu

FOTO HIASAN

PUTRAJAYA, 16 April- Menara Kuala Lumpur kini ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan bawah pengurusan baharu.

Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan menegaskan, Menara Kuala Lumpur merupakan aset milik kerajaan dan bermula 1 April lalu, operasi serta penyelenggaraan menara ikonik itu telah diambil alih sepenuhnya oleh syarikat LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM).

Sehubungan itu, kehadiran syarikat terdahulu, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) di premis tersebut selepas 31 Mac dianggap tidak sah.

“Dua notis pengosongan telah dikemukakan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan kepada pihak MKLSB menerusi surat bertarikh 3 April dan 9 April 2025,” menurut kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, sebarang urus niaga atau operasi yang masih dijalankan oleh MKLSB selepas tarikh tersebut adalah tanpa kebenaran kerajaan.

Penutupan sementara itu juga dilaksana demi keselamatan dan keselesaan pengunjung, selain memberi ruang kepada pengurusan baharu melaksanakan proses pembaikan.

Tarikh pembukaan semula Menara Kuala Lumpur akan dimaklumkan kelak menerusi saluran media rasmi kerajaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....