Home Nasional Melaka umum 26 Ogos Hari Kelepasan Am (Tambahan)
Nasional

Melaka umum 26 Ogos Hari Kelepasan Am (Tambahan)

Melaka umum 26 Ogos Hari Kelepasan Am (Tambahan)

Foto Hiasan/Foto RTM

MELAKA, 5 Ogos-Kerajaan Melaka mengumumkan 26 Ogos depan sebagai Hari Kelepasan Am (Tambahan) sempena Sambutan Hari Jadi ke-75, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad dalam kenyataan menjelaskan, pengisytiharan cuti ini selaras dengan Seksyen 9(1), Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan 24 Ogos sebagai cuti peristiwa sempena ulang tahun kelahiran Tun Dr Mohd Ali.

Mohd Ali mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ke-7 bagi penggal kedua pada 4 Jun lalu.

Istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Anselm Charles Fernandis dan Pegawai Kewangan negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Salhah Salleh.

Pada 28 Mei lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Mohd Ali sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal kedua, bermula 4 Jun 2024.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....