Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Melaka, Negeri Sembilan dan Labuan masih dilanda banjir
Nasional

Melaka, Negeri Sembilan dan Labuan masih dilanda banjir

Melaka, Negeri Sembilan dan Labuan masih dilanda banjir

FOTO FACEBOOK Jabatan Penerangan WP Labuan/JBPM Labuan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos-Melaka, Negeri Sembilan dan Labuan masih terjejas banjir dengan seramai 265 orang daripada 69 keluarga berlindung di sembilan buah pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan banjir menjejaskan daerah Alor Gajah, Melaka, melibatkan 240 penduduk daripada 62 keluarga di enam PPS.

Negeri Sembilan pula melibatkan 27 penduduk daripada lima keluarga di dua PPS dekat daerah Rembau.

Sementara itu, daerah Labuan, Labuan merekodkan lapan penduduk terjejas daripada dua buah keluarga yang berlindung di sebuah PPS.

Bagaimanapun angka penduduk terjejas pagi ini berkurangan berbanding 272 orang pada 12.00 tengah malam tadi.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...