Home Nasional Melaka mahu penceramah, pendakwah dapat kelulusan MAIM atau PBT
Nasional

Melaka mahu penceramah, pendakwah dapat kelulusan MAIM atau PBT

Melaka mahu penceramah, pendakwah dapat kelulusan MAIM atau PBT

Datuk Rahmad Mariman

BANDARAYA MELAKA, 31 Julai-Melaka mahu penceramah atau pendakwah mendapatkan kelulusan daripada Majlis Agama IslamMelaka (MAIM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka Datuk Rahmad Mariman berkata, garis panduan berkenaan perlu diikuti bagi memastikan penceramah dan pendakwah mempunyai tauliah bagi menyampaikan ceramah atau ilmu agama yang betul dan tidak menyeleweng.

Selain itu, teks ceramah juga perlu dikemukakan untuk disemak.

\”…sebenarnya berlaku juga kes kes seperti ini namun di peringkat kecil, mungkin surau-surau terlepas pandang dan kita tidak tahu. Tetapi sebaik sahaja kita tahu tindakan akan diambil.

\”Jadi bukan digalakan tetapi diwajibkan mana-mana individu yang ceramah di Melaka mesti mendapatkan tauliah mengajar terlebih dahulu bukan negeri Melaka sahaja, mana-mana negeri pun sama sebenarnya. Kita ada peraturan dan undang undang,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutupan Program Wacana Hadith Sempena Ma\’al Hijrah Peringkat Negeri Melaka Bagi Tahun 1446H/2024M di Jalan Hang Tuah, Melaka.

Pada masa sama penguatkuasa juga akan memantau majlis ilmu yang berlangsung agar ceramah diberi tidak menyampaikan ilmu yang menyimpang dari ajaran Islam.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...