Home Nasional Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif
Nasional

Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif

Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf berucap merasmikan Sambutan HSN 2024 peringkat negeri di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir di sini, malam tadi.

MELAKA, 13 Oktober- Kerajaan Melaka komited memperkasa program pembangunan sukan secara inklusif bagi melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan sejahtera.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sukan merupakan antara indikator utama dalam menjamin kesepaduan rakyat, selain menjadi penyumbang kepada sinergi pembangunan ekonomi melalui pemerkasaan sektor sukan yang seiring dengan perkembangan di peringkat global.

\”Kerajaan negeri amat mengalu-alukan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui sambutan Hari Sukan Negara (HSN) dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang rakyatnya membudayakan sukan, selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030).

\”Justeru usaha ini perlu terus diperkasa agar kita di Melaka dapat melahirkan komuniti yang sihat dan sejahtera,\” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan HSN 2024 peringkat negeri di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir di sini, malam tadi.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azhar Arshad dan Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Datuk V.P. Shanmugam.

Ab Rauf berkata sempena HSN 2024, lebih daripada 43 acara diadakan termasuk pelbagai sukan dan program menarik yang berlangsung serentak di ketiga-tiga daerah di Melaka.

Kira-kira 20,000 peserta memeriahkan HSN 2024 di seluruh negeri ini, yang bermula sejak pagi dengan acara kemuncak sambutan peringkat negeri diadakan pada waktu malam di lokasi tumpuan pelancong, bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Sempena sambutan HSN 2024 ini, tiga acara larian telah diadakan, iaitu Larian Ria MADANI, Night Run, dan Family Walk, melibatkan penyertaan peserta dari pelbagai peringkat usia.- BERNAMA

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...