Home Nasional Mekanisme levi pelbagai peringkat, kurangkan kebergantungan pekerja asing
Nasional

Mekanisme levi pelbagai peringkat, kurangkan kebergantungan pekerja asing

Mekanisme levi pelbagai peringkat, kurangkan kebergantungan pekerja asing

Steven Sim / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 10 Mac- Mekanisme levi pelbagai peringkat akan dilaksana tahun ini bagi mengurangkan kebergantungankepada pekerja asing.

Bagaimanapun menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, sebelum ia dilaksanakan, pihaknya akan mengadakan sesi libat urus dan perbincangan bersama pihak industri serta agensi-agensi kawal selia kerajaan yang berkaitan.

Sekali gus, dapat memberi impak positif terhadap perkembangan sektor pasaran buruh, industri dan ekonomi negara secara menyeluruh.

\”Sebab portfolio-portfolio industri-industri yang ada…dia ada kaitannya dengan dasar kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan di dalam kerajaan.

\”Jadi, kita sudah tentu akan mengadakan perbincangan, sesi libat urus dengan semua pemegang taruh yang terlibat. Saya minta sokongan daripada semua pihak termasuk daripada pihak industri.

\”Sebab ini bukan sahaja boleh orang kata, menyusun aturkan sektor pasaran buruh kita tetapi juga akan memberi daya saing yang agak tinggi terhadap industri dan ekonomi negara,\” katanyabagi menjawab pertanyaan Senator, Tan Sri Low Kian Chuan di Dewan Negara di sini.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...