Home Nasional Media Operasi Haji 1446H komited salur maklumat sahih kepada jemaah Malaysia
Nasional

Media Operasi Haji 1446H komited salur maklumat sahih kepada jemaah Malaysia

Media Operasi Haji 1446H komited salur maklumat sahih kepada jemaah Malaysia

Pengarah Operasi Media Tabung Haji, Mohamad Naser Jaafar / Foto RTM

MEKAH, 3 Mei – Pasukan Media Operasi Haji 1446 Hijrah komited untuk memberikan liputan menyeluruh serta penyampaian maklumat yang relevan dan sahih kepada masyarakat, khususnya jemaah haji Malaysia di Tanah Suci.

Pengarah Operasi Media Tabung Haji, Mohamad Naser Jaafar menegaskan peranan media amat penting dalam memastikan jemaah memperoleh informasi tepat dan terkini sepanjang musim haji.

“Liputan tahun ini akan merangkumi aspek ibadah, kesihatan, keselamatan dan perkembangan jemaah haji semasa. Kandungan akan disalurkan melalui platform media arus perdana dan media sosial seperti berita televisyen, artikel, video, temu bual, lintas langsung, infografik serta siaran langsung di media sosial,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Tabung Haji, di sini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai, khususnya jemaah haji, agar hanya merujuk sumber rasmi media Tabung Haji untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai ibadah haji. Langkah ini penting bagi mengelakkan penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, seramai 19 petugas haji, termasuk 14 pengamal media Tabung Haji, telah selesai menunaikan ibadah umrah sejurus tiba di Kota Mekah.

Walaupun lelah selepas mengharungi perjalanan selama lapan jam, rasa penat tersebut hilang apabila menjejakkan kaki sebagai duyufurrahman di Masjidil Haram.

0305 JEJAK DUYUFURRAHMAN 2Wartawan TV AlHijrah, Siti Khadizah Faisal / Foto RTM

Wartawan TV AlHijrah, Siti Khadizah Faisal, meluahkan rasa syukurnya apabila diberi peluang menunaikan haji sambil menjalankan tugas kewartawanan.

“Selepas enam tahun bertugas dalam bidang kewartawanan, Allah hadiahkan dalam usia yang sebegini untuk menunaikan haji dan pada masa sama menggalas tanggungjawab menjalankan tugas sebagai seorang wartawan,” katanya.

Eksekutif Editor Astro Awani, Zaiful Ariffin, pula berkongsi rasa rindu mendalam terhadap Rasulullah SAW.

“Kerinduan terhadap Rasulullah kita rasa sangat dekat. Kita tak sanggup nak tinggalkan, jadi kerinduan itu seolah-olah mengikut kita,” katanya.

Ketua Unit Media Sosial Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan, pula tidak dapat menahan rasa terharu apabila pertama kali melihat Kaabah.

“Kali pertama saya melihat Kaabah memang rasa sangat terharu sebab sebelum ini hanya lihat di gambar sahaja. Tak sangka dapat ke Tanah Suci dalam usia yang agak muda juga,” katanya.

Related Articles

ESSCOM perkukuh keselamatan Timur Sabah
Nasional

ESSCOM perkukuh keselamatan Timur Sabah

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr....

Umat Islam perlu jadi duta al-Quran – Raja Perlis
Nasional

Umat Islam perlu jadi duta al-Quran – Raja Perlis

Umat Islam perlu mempertingkatkan pembudayaan ilmu al-Quran dalam mendepani cabaran teknologi /...

Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi
Nasional

Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi

Kanak-kanak lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di di Kilometer 44.2, Jalan Johor...

KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak
Nasional

KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneliti keperluan menambah Kolej Komuniti khususnya di...