Home Nasional MCBA: Enam operasi khas dilaksana, nilai rampasan cecah RM40 juta
Nasional

MCBA: Enam operasi khas dilaksana, nilai rampasan cecah RM40 juta

MCBA: Enam operasi khas dilaksana, nilai rampasan cecah RM40 juta

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Enam operasi khas telah dilaksana Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (MCBA) sejak 2 Mei hingga 12 Jun lepas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata nilai rampasan yang dicatat dalam tempoh itu mencecah RM40 juta.

Beliau berkata, antara operasi khas yang dilaksana adalah OP TARING PALMA, OP TARING SABAH dan OP TARING ALPHA.

\”Ini dilaksana selaras arahan Perdana Menteri dan keputusan jemaah menteri pada April, penyelarasan guna pakai pendekatan 3R seperti dizahirkan dalam terma rujukan MCBA dilaksana berdasarkan maklumat risiko pelbagai agensi yang diselaraskan dengan logistik dan sumber manusia seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akta-akta berkaian seperti akta kastam 1967,\” katanya pada persidangan Dewan Negara, di sini.

Dalam perkembangan sama, Anuar memaklumkan, bahagian integriti akan diwujudkan dalam struktur asas MCBA.

Katanya, ia akan diketuai seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengendalikan hal ehwal integriti dan tatakelakuan pegawai agensi berkenaan.

\”Pendekatan ini bagi memastikan sebarang siasatan dan tindakan terhadap pegawai MCBA dilaksana dengan telus dan berkecuali.

\”Selain dapat memastikan enam teras integriti yang ditetapkan iaitu tadbir urus, pengukuhan integriti, pengurusan aduan dan tatatertib dapat dilaksana dengan berkesan,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....