Home Nasional MBLM perkenal menu RM10
Nasional

MBLM perkenal menu RM10

MBLM perkenal menu RM10

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

MELAKA, 22 September – Menu RM10 menjadi tarikan baharu untuk Program Melaka Bila Larut Malam (MBLM).

Set Makanan pada harga RM10 itu akan mula diperkenalkan pada MBLM pada 5 Oktober nanti.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif berkenaan menerima penyertaan daripada 30 pengusaha restoran, kafe dan kedai makan untuk bersama-sama menyediakan menu itu, setakat ini.

Beliau berkata, usaha itu sekali gus bakal menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar ke negeri itu untuk melawat negeri tersebut.

\”Dan saya yakin ini akan menjadi satu lagi tarikan baru produk pelancongan negeri Melaka. Saya menyeru kepada semua pengusaha kedai makan untuk menyahut seruan kerajaan bagi menggalakkan dan merancakkan ekonomi negeri Melaka,

\”Sesiapa sahaja boleh memohon untuk bersama-sama dengan kerajaan bagi mengadakan menu RM10 ini untuk pengunjung dan pelancong yang datang ke Melaka dalam program Melaka Bila Larut Malam yang akan diadakansebulan sekali,\” kata Ab Rauf.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Set Kombo Menu RM10 Bagi Program Melaka Bila Larut Malam Dan Pelancaran Kilang Makan Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) di Jalan Tun Ali.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...