Home Nasional Mayat pemuda terjun jambatan Sungai Maung, Kuching sudah ditemui
Nasional

Mayat pemuda terjun jambatan Sungai Maung, Kuching sudah ditemui

Mayat pemuda terjun jambatan Sungai Maung, Kuching sudah ditemui

FOTO JBPM SARAWAK

KUCHING, 1 November – Mayat mangsa lelaki yang hilang selepas dilaporkan terjun dari Jambatan Sungai Maung Kampung Gita Lama di Kuching, telah ditemui terapung kira-kira 30 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Menurut Pusat Gerakan Operasi PGO Bomba Sarawak, mangsa Aliff Fadzree Azlam berusia 34 tahun ditemui pada pukul 3.50 petang tadi.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi ditamatkan pada pukul 4.50 petang.

Semalam, PGO Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.52 pagi mengenai kejadian tersebut.

Dalam insiden sekitar pukul 8.00 pagi semalam, mangsa yang dipercayai naik ke atas jambatan tersebut dan terjatuh. Isteri serta dua orang anak mangsa turut berada di lokasi kejadian tersebut.

Operasi itu melibatkan anggota bomba Petra Jaya, Batu Lintang, PDRM, Unit Dron Polis dan APM.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....