Home Nasional Mayat mangsa bot karam Sungai Rajang ditemukan
Nasional

Mayat mangsa bot karam Sungai Rajang ditemukan

Mayat mangsa bot karam Sungai Rajang ditemukan

Operasi SAR ditamatkan susulan penemuan mayat mangsa /FOTO BBP KAPIT

KAPIT, 21 November – Mayat mangsa bot karam di Sungai Rajang, di sini ditemukan petang tadi, selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit Timoty Barat berkata mangsa, Bubut Benang ditemukan tidak jauh dari lokasi kejadian dilaporkan iaitu di Nanga Makoh, Sungai Rajang.

\”Mayat mangsa dibawa ke wap kubu oleh pasukan SAR dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

\”Dengan penemuannya, maka berakhirlah operasi (SAR) dan ditamatkan pukul 4.50 petang,\” katanya di lokasi mayat ditemukan.

Terdahulu, operasi SAR hari kedua dilaksana melibatkan radius pencarian 30 kilometer dari lokasi kejadian.

Kejadian bot karam berlaku pada petang Selasa apabila bot yang dinaiki oleh mangsa bersama dua rakannya terlanggar batu jeram di Nanga Makoh.

Dua rakannya berjaya diselamatkan oleh orang awam berhampiran, namun mangsa tidak sempat diselamatkan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....