Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Mayat lima mangsa bot regata karam dijumpai
Nasional

Mayat lima mangsa bot regata karam dijumpai

Mayat lima mangsa bot regata karam dijumpai

kesemua mangsa ditemui oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) berhampiran kawasan baraj sungai tersebut.

KUCHING, 20 Oktober –Lima mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Sarawak ditemui pada pukul 6.16 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba berkata kesemua mangsa ditemui oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) berhampiran kawasan baraj sungai tersebut.

Mayat dua mangsa ditemui pada pukul 6.16 pagi, disusuli penemuan seorang lagi mayat mangsa pada 6.40 pagi.

Manakala, mayat mangsa keempat dijumpai sekitar pukul 7.07 pagi, dan mayat mangsa terakhir ditemui pada 7.09 pagi dengan bantuan Pasukan Sarawak Coastguard dan penggunaan drone dari Unit Pasukan Gerakan Udara (PGU).

Semalam, RTM melaporkan bahawa lima orang pekayuh perahu regatta dikhuatiri lemas selepas perahu mereka karam berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.40 petang ketika 16 peserta yang terdiri daripada kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) sedang menjalani latihan bagi persediaan Festival Regata Sarawak-Kuching Waterfront 2024, yang dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 3 November.

Dalam kejadian tersebut, 11 orang berjaya menyelamatkan diri.

Perahu mereka dilaporkan karam selepas dibadai gelombang kuat yang berpunca daripada pergerakan sebuah bot nelayan dari arah bertentangan.

Lima mangsa yang hilang dikenali sebagai Mohamad Ikhmal Sama\’ail, Majurie Maharuf, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, Mohamad Khairul Bidin, dan Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, berusia antara 22 hingga 35 tahun.

Unit anjing pengesan atau Unit K9 dan Unit Drone dari JBPM turut dilibatkan untuk membantu gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...