Home Nasional Mayat lelaki ditemukan terapung di perairan Tanjung Tuan
Nasional

Mayat lelaki ditemukan terapung di perairan Tanjung Tuan

Mayat lelaki ditemukan terapung di perairan Tanjung Tuan

Foto: APMM

PORT DICKSON, 12 Julai- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan mengesahkan penemuan satu mayat terapung di sekitar perairan Tanjung Tuan dekat sini petang semalam.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz memaklumkan pusat operasi menerima maklumat berkaitan penemuan itu daripada pemancing di kawasan perairan berkenaan.

\”Susulan itu, bot PERKASA 37 yang sedang dalam operasi diarahkan ke lokasi dan menemui mayat seorang lelaki hanya berseluar panjang di kedudukan 2.2 batu nautika barat daya Tanjung Tuan.

\”Mayat tanpa identiti itu dibawa ke Jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan lanjut,\” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khairi berkata orang ramai mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730.

Sebarang maklumat berkaitan jenayah mahupun kecemasan di laut boleh terus menghubungi pusat operasi maritim atau kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....