Home Nasional Mayat lelaki ditemui terapung di bawah runtuhan kelong
Nasional

Mayat lelaki ditemui terapung di bawah runtuhan kelong

Mayat lelaki ditemui terapung di bawah runtuhan kelong

Mayat Mohd Faizal Mohd Nor ditemui terapung petang semalam.

BATU PAHAT, 5 Mei – Mayat seorang lelaki tempatan yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut susulan kelong roboh dibadai ribut serta ombak besar, kira-kira pukul 3 pagi kelmarin ditemukan di Perairan Parit Hailam, Senggarang, Batu Pahat, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohamad Zaini Zainal memaklumkan, mayat Mohd Faizal Mohd Nor, 45 tahun ditemui terapung di bawah runtuhan kelong.

Semasa kejadian terdapat lapan mangsa sedang memancing dilaporkan terjatuh dan dihanyutkan arus.

Tujuh mangsa lain iaitu empat lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 51 tahun dan tiga lagi warga Indonesia, 31 hingga 41 tahun berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada tiang kelong sebelum diselamatkan Bot Petir 51.

Mereka kemudian di bawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdulllah Sani dalam kenyataan memaklumkan, mayat mangsa di bawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut.

Related Articles

Anas Baihaqi ditemui selamat di Terengganu
Nasional

Anas Baihaqi ditemui selamat di Terengganu

Anas Baihaqi ditemui selamat di rumah saudararanya di Chukai, Terengganu.KUANTAN, 5 Mei...

Lawatan Rasmi PM Pakistan ke Malaysia ditangguh ekoran ketegangan Kashmir
Nasional

Lawatan Rasmi PM Pakistan ke Malaysia ditangguh ekoran ketegangan Kashmir

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 5 Mei – Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz...

Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di tujuh negeri sehingga 12 tengah hari

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut...

838 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah berperingkat
Nasional

838 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah berperingkat

Sebahagian daripada 838 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah diberi sambutan...